Sejak mulai dilancarkan, laman Pentas sering kali menjadi pilihan pengkarya tempatan dalam menawarkan non-fungible token (NFT) mereka. Hadir dengan identiti memfokuskan kepada budaya seni budaya Asiamembuatkan laman ini unik berbanding platform NFT yang lain.

Baru sahaja merekodkan jualan tertinggi pada bulan lalu dengan menerusi penjualan karya Sang Saka dengan harga sekitar RM45,880, hari ini telah menyaksikan rekod tersebut sekali lagi dipecahkan menerusi penjualan karya NFT Rusuk Emas yang terjual dengan harga 22 BNB (~RM52,043.50) setakat artikel ditulis.

https://twitter.com/belakangpentas/status/1469854353380966402

Pembelian ini bukan sahaja menguntungkan pihak pengkarya, malah turut membuka mata orang ramai terhadap kreativiti pengkarya NFT tempatan. Sejurus selepas pembelian karya NFT ini dibuat, @sueannajoe selaku pengkarya asal bagi Rusuk Emas tampil meluahkan rasa syukur atas pembelian tersebut menerusi laman Twitter.

Menerusi perkongsian pengkarya, Rusuk Emas melambangkan cinta antara suami dan isteri. Para pembeli karya NFT ini bakal turut diberikan berjaya lukisan fizikal serta tanda tangan pelukis sebagai pengesahan.

Tahniah kami ucapkan buat @sueannajoe atas usaha dalam memartabatkan karya NFT tempatan. Semoga industri NFT dalam negara dapat terus maju sekaligus bakal menjemput peminat NFT seluruh dunia mendapatkan karya NFT tempatan serta platform Pentas.

Sekiranya anda mempunyai minat dalam mendalami ilmu NFT atau berbakat dalam menghasilkan karya seni, kami sangat menyarankan anda untuk menyertai platform Pentas. Komuniti yang luas dan positif pastinya bakal membantu para pengkarya baharu dalam mendalami lebih lanjut mengenai NFT.

Sementara itu, ikuti juga 6 anak seni tempatan yang berjaya menjana sehinga 6 angka menerusi penjualan karya NFT.

6 Anak Seni Tempatan Yang Berjaya Menjana Sehingga 6 Angka Menerusi Penjualan Karya NFT

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia

Tidak Hanya Sekadar Gambar, Lelaki Ini Kongsikan Kelebihan NFT Yang Boleh Dimanfaatkan Pemilik